Aghhhhh geramnyer aku! Marah dan kecewa sungguh!
Aku tahu coretan ini sudah lama diperkatakan..Mungkin lama dahulu sblum aku sedar lagi..
Kadang-kadang aku bosan.. Dengan senario sekarang.. Melihat paparan di dada-dada akhbar. Senario yg melanda pemuda-pemudi harapan bangsaku – Melayu.. aku sedih.. Sebahagian remaja lelaki terlibat dgn masalah dadah, rogol, black metal, punk(sekadar menyebut sebahagiannya) manakala segelintir remaja wanita tidak segan-silu mendedahkan aurat dan terlibat dgn gejala yg tidak sihat. Astafirullah’azim. Terbaru, ada yg mengaku bangga kerana kehilangan ****. Ish, pe nak jdk la..Tak takut ke mereka dgn balasan Allah?? Sesungguhnya, ingatlah saudaraku, Allah melihat apa yg kita buat..
“Aghh, masa muda lama lagi..enjoy dulu”
“Kami tau tentang agama, tapi peduli apa..tak nak fikir dulu”
“Aghh, nanti aku taubat la”
Sebagai saudara malahan sejantina, tentulah aku malu yg teramat sangat. Rata2 malah tidak terkecuali sahabatku sendiri Mereka tidak sedar masa remaja harus dimanfaatkan sebaiknya. Nak enjoy pun kenalah bertempat. Bukan ke ader aktiviti2 yg lbh sihat. Jika dibandingkan dgn putera-puteri Palestin yg bergelumang dgn air mata dan darah sedangkan putera-puteri di Malaysia sebahagiannye bergelumang dgn maksiat dan dosa! Nauzubillah..
“Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia
mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan
dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan, maka lakukan ia dengan hatinya. Dan
demikian itu adalah selemah-lemah iman” “ Muttafaq ‘alayh
Memang, aku sedar aku bukan selayaknya utk memberi teguran dan kritikan..Budaya kuning yg menular dalam kalangan remaja masa kini amat membimbangkan aku..Tapi aku sedar.. Betapa kecewanya aku, terdapat suara2 sumbang mengatakan;
Aku bukan seperti mereka..
Aku bukan pemerintah atau ibu bapa mereka yg layak menghakimi mereka
Aku nie tidak mengikut arus kemodenan..
Aku tidak memahami jiwa muda mereka
Tapi.. aku cuma sebagai pemerhati, perintis harapan bangsa..
Aku kasihan melihat mereka..
Aku prihatin tentang mereka..
Aku tidak mahu mereka hilang arah tujuan..
Aku bimbang bagaimanakah nasib bangsaku nanti?? Masih ada harapankah utk melihat mereka bangun sebaris dgn bangsa2 yg lain??
Aku sangat mengharapkan Islam menjadi seahagian hidup mereka bkn hanya setakat menganutinya..
Aku geram dan kecewa..
Melihat sahaja mereka, terus hanyut dan alpa..tanpa membuat apa2..
Sedarlah wahai saudaraku, kita punya masa utk berubah.. Berubah kepada yg lebih baik. Ingatlah, kita harapan keluarga, bangsa, agama dan Negara. Jika bukan kita, siapa lagi yg akan menggalas tanggungjawab nanti?? Maaf andai ada yg terguris di hati, terkesan di hati
Cuma kali ini amarahku tercurah, tak bisa disimpan lagi.

0 comments:
Post a Comment