Ketika Ku Bersujud..

Hanya Sang Pencipta tempat ku mengadu..

PERISTIWA PENTING DARI KELAHIRAN HINGGA DIANGKAT MENJADI RASUL


1.Dipelihara oleh datuknya 'Abdul Mutalib setelah lahir.

2.Disusukan oleh Suwaibah hamba Abu Lahab sebelum diserahkan kepada Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Sa'ad bin Bakr.

3.Mendatangkan keberkatan kepada Kampung Banu Sa'ad bila tiba di sana.

4.Selepas dua tahun dibawa balik kepada bondanya Aminah, namun Halimah As-Sa'adiyah memujuk bonda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk terus memelihara baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

5.Belajar mengembala kambing sejak daripada kecil dan dapat bercakap bahasa Arab Fusha dengan baik hasil daripada tinggal di kampung Banu Sa'ad.
Peristiwa di bedah dada oleh malaikat, kemudiannya dihantar pulang ke jagaan ibunya. (Umur 5 tahun)

6.Wafatnya Aminah di Abwa'. (Umur 6 tahun)

7.Dipelihara pula oleh datuknya Abdul Muttalib.

8.Di pelihara oleh Abu Talib selepas kematian Abdul Muttalib. (Umur 8 tahun)

9.Memulakan perjalanan pertama ke Syam untuk berniaga bersama bapa saudaranya Abu Talib, bertemu dengan paderi Buhaira. (Umur 12 tahun)

10.Mula berdikari mencari rezeki dengan menternak kambing.

11.Berlaku Harbu Al-Fijar: (Umur 20)

12.Hilfu Al-Fudhul:
Bertujuan untuk membela hak-hak orang yang dianiaya.
Berpunca dari kejadian seorang Badwi dari Usun Zubaid datang ke Mekah menjual barang namun seorang pembeli, 'Ash bin Wail tidak membayar harga barangan yang dibeli.

13.Musafir kali ke-2 ke Syam bersama Maisarah membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid Radhiallahu 'Anha. (Umur 25 tahun)

14.Khadijah Radhiallahu 'Anha menawarkan diri menjadi suri hidup Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam melalui Nafisah binti Manbah.

15.Perkahwinan dengan Khadijah Radhiallahu 'Anha semasa baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam berumur (25 tahun), manakala Khadijah Radhiallahu 'Anha berumur (40 tahun).

16.Kelahiran Qasim Radhiallahu 'Anhu pada umur (28 tahun).

17.Kelahiran Zainab Radhiallahu 'Anha.

18.Wafatnya Qasim Radhiallahu 'Anhu semasa berumur 2 tahun.

19.Penyertaan Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam dalam pembinaan Kaabah yang runtuh akibat banjir di Kota Mekah. (Umur 35 tahun)

20.Menyelesaikan persengketaan dalam usaha meletakkan Hajarul Aswad.

21.Terkenal dengan panggilan Al-Amin.

22.Mula gemar berkhalwat di Gua Hira'. (Umur 40 tahun)


Sumber dari Anak Soleh

Mari lah kita bersama-sama mengenali siapa Rasullah memandangkan Maulidur Rasul yg bakal menjelma..

Rugi jika tak mengenal sejarah Baginda..

Ini adalah bersempena dgn KetiBAan 12 RABiuLawaL 1430 pada 9 Mac ini InshaALLAH..

Tiada kasih SEbelum adanya PerkeNAlan.. Selamat meNyelusUri siRAh2 BaginDA..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

1.0 BIOGRAFI NABI JUNJUNGANKU...

Nama :

Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bin 'Abdullah bin 'Abdul Mutalib bin Hasyim bin 'Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan.

Bapa :

Abdullah bin Abdul Mutalib

Ibu :

Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab

Tarikh lahir :

Isnin, 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah (pendapat masyhur). Pendapat yang rajih pada 9 Rabi'ul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi.

Status :

Anak yatim, kematian bapa semasa 2 bulan dalam kandungan. Ibunya wafat semasa berumur 6 tahun.

Isteri-isteri :

Khadijah binti Khuwailid Radhiallahu 'Anha
Saudah binti Zam'ah Radhiallahu 'Anha
'Aisyah binti Abu Bakar Radhiallahu 'Anhuma
Hafsah binti Umar Radhiallahu 'Anhuma
Zainab binti Khuzaimah Radhiallahu 'Anha
Ummu Salamah, Hindun binti Abu Umayyah Radhiallahu 'Anha
Zainab binti Jahsy Radhiallahu 'Anha
Juwairiyah binti Harith Radhiallahu 'Anha
Ummu Habibah, Ramlah binti Abu Sufyan Radhiallahu 'Anhuma
Shafiyyah binti Huyai bin Akhtab Radhiallahu 'Anha (Banu Nadir keturunan Nabi Harun)
Maimunah binti Harith Radhiallahu 'Anha

-Semua isteri Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam janda semasa dikahwini kecuali Aisyah Radhiallahu 'Anha.

-Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam meninggalkan 9 orang isteri setelah kewafatannya.

Surriyyah :(Hamba yang disediakan tempat kediaman untuknya. Mukhtar Al-Sihah.)

Mariah binti Syam'uun Radhiallahu 'Anha (Hadiah raja Mesir, Muqauqis)
Raihanah binti Zaid Radhiallahu 'Anha (Tawanan perang yang masuk Islam, dibebaskan dan berkahwin dengan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, dari Banu Nadhir)

Zuriat :

1.Qasim Radhiallahu 'Anhu (menyebabkan baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam digelar Abul Qasim)
Zainab Radhiallahu 'Anha
Ruqayyah Radhiallahu 'Anha
Ummu Kalthum Radhiallahu 'Anha
Fatimah Radhiallahu 'Anha
Abdullah Radhiallahu 'Anhu (digelar sebagai at-Taiyib dan at-Tahir)
Ibrahim Radhiallahu 'Anhu.
Semuanya daripada Khadijah Radhiallahu 'Anha kecuali Ibrahim Radhiallahu 'Anhu daripada Mariah Al-Qibtiyyah Radhiallahu 'Anha.

-Semua anak-anak Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam wafat sewaktu hayat baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam kecuali Fatimah Radhiallahu 'Anhu.


-Semua anak lelaki wafat sewaktu kecil lagi.

Sumber daripada Anak Soleh

Followers

Datang Singgah

Jom relax

Untuk sesape yg ngantuk mse study or tension time nak exams..Rajin2lah amalkan yek..
Tuzki Bunny Emoticon


Tuzki Bunny Emoticon
Firstly, sebagai warm-up..wat tai-chi dulu..


Tuzki Bunny Emoticon
Goyangkan kepala dan badan ke kiri dan ke kanan.. Biar hilang lenguh tue..


Tuzki Bunny Emoticon
Pandanglah ke hadapan..ngeh2


Tuzki Bunny Emoticon
Tiru mcm nie plak..


Tuzki Bunny Emoticon
Jgn putus kepala sudah..


Tuzki Bunny Emoticon
Lalalalala..


Tuzki Bunny Emoticon
Buat2 cam x der masalah.. Grakkan tgn anda begitu yek..


Tuzki Bunny Emoticon
Ke kiri..ke kanan..Ke kiri semula..yeah..


Tuzki Bunny Emoticon
Jika masih mengantuk, buat secara agresif pulak..hehe


Tuzki Bunny Emoticon
Hilangkan segala stress dan riso..


Tuzki Bunny Emoticon
Menari pun bleh..x yah peduli jika org kate sewel..


Tuzki Bunny Emoticon
Kaco member sebelah..


Tuzki Bunny Emoticon
jgn lupe tarian arnab yg mantap dan sepenuh hati yek..


Tuzki Bunny Emoticon
Lastly, kalo ngantuk thp dewa gak, hentak kepala anda biar terjaga.. Lakukan dgn pengawasan org dewasa k..

Selamat Mencuba!