Ketika Ku Bersujud..

Hanya Sang Pencipta tempat ku mengadu..

sgt minat cter nie =)


Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Kadang2 kita lupa dan lalai. Maka setiap nasihat itu perlu. Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain. Sendiri boleh fikir kan??


Sumber : IluvIslam





Mari sahabat2,

Syaaban telah tiba, Ramadhan bakal menjelma. Kita ambil peluang ni utk beribadah. Rugi rasanya kalo ditinggalkan. Mana tau boleh menampung amal kita yg masih lagi kekurangan..

Andai ada masih lagi yg belum tertunai, inilah masanya.. Selamat beramal!!

Wassalam semua =)


Saya ingin seperti Sumayyah wanita
yang pertama syahid di dalam Islam
yang sanggup menerima siksaan dan menggadaiakan nyawanya demi mendapat Syurga Allah

Saya ingin seperti Asma' binti Abu bakr Assiddiq Zatu an-Nitthqain,
pemilik dua ikat pinggang
yang sanggup meredah bahana dimalam hari kerana kecintaannya kepada Muhammad s.a.w.
Saya ingin seperti Rabiatul Adawiyah
yang tegar bersama agama yang dipilihnya
demi bahagia akhirat yang abadi

Saya ingin seperti Ummu Ruman
Bidadari syurga
yang setia pada suaminya Abu Bakr Assiddiq dan jua Muhammad Kekasih Allah walau badai dtg melanda

Saya ingin seperti Ummu Waraqah
Wanita pecinta syahid
yang mohon kepada Rasulullah s.a.w. utk mndpt syahid dan mndpt apa yg diimpikannya

Saya ingin seperti mereka
kerana merekalah bidadari penghuni syurga
yang telah diberi jaminan untuk
sebagai bidadari syurga dari Nabi Muhammad s.a.w.
Kekasih Allah yg abadi..

Moga harapanku ini tercapai satu hari nanti, insyaAllah..

Askum w.b.t.h.

Lama dah saya tak post dlm blog ni.Agaknyer dah bersawang kot..hehe
Ok, ini entry laju2 sebab curi masa dlm kelas E~Commerce dlm lab..huhu.. Sorry Miss..

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana
membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala
ketenangan jiwa.

Askum w.b.t.h. sahabat semua,

Lama tak update blog ini. hehe. Maaf, kekangan waktu. Okay, ni artikel yg 'dicilok' dari saudara Huzaifah.org utk dikongsi bersama. Moga dapat dimanfaatkan bersama. Rugi kalau tak diamalkan ni. Alhamdulilah.

Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan..

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku
ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat
Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid
walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.


Nota :
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


…Wallahu a'lam



Askum w.b.t
Rasanya dah lama tak update blog ini sbb rajin update blog Me, myself and I.. Namun, blog ni takkan dilupakan. hehe =P InsyaAllah, cuti semester nanti saya akan cuba update sebanyak mungkin. Lebih banyak kelapangan waktu utk diperuntukkan kalau takde aral melintang..

Sekarang ni pun musim exam. Suka saya sarankan, jgn membuang masa kerana masa ibarat sebilah pedang. Jika kita terlambat, masa akan memotong kita.

Saya doakan kalian sentiasa dilimpahkan makrifahNya dan dipermudahkan menjawab soalan exam nanti. Amin..

Gambatte kudasai!!!

Salam imtihan dari Norizan..



p/s: rajin2 lah berdoa pd Allah..




PERISTIWA PENTING DARI KELAHIRAN HINGGA DIANGKAT MENJADI RASUL


1.Dipelihara oleh datuknya 'Abdul Mutalib setelah lahir.

2.Disusukan oleh Suwaibah hamba Abu Lahab sebelum diserahkan kepada Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Sa'ad bin Bakr.

3.Mendatangkan keberkatan kepada Kampung Banu Sa'ad bila tiba di sana.

4.Selepas dua tahun dibawa balik kepada bondanya Aminah, namun Halimah As-Sa'adiyah memujuk bonda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk terus memelihara baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

5.Belajar mengembala kambing sejak daripada kecil dan dapat bercakap bahasa Arab Fusha dengan baik hasil daripada tinggal di kampung Banu Sa'ad.
Peristiwa di bedah dada oleh malaikat, kemudiannya dihantar pulang ke jagaan ibunya. (Umur 5 tahun)

6.Wafatnya Aminah di Abwa'. (Umur 6 tahun)

7.Dipelihara pula oleh datuknya Abdul Muttalib.

8.Di pelihara oleh Abu Talib selepas kematian Abdul Muttalib. (Umur 8 tahun)

9.Memulakan perjalanan pertama ke Syam untuk berniaga bersama bapa saudaranya Abu Talib, bertemu dengan paderi Buhaira. (Umur 12 tahun)

10.Mula berdikari mencari rezeki dengan menternak kambing.

11.Berlaku Harbu Al-Fijar: (Umur 20)

12.Hilfu Al-Fudhul:
Bertujuan untuk membela hak-hak orang yang dianiaya.
Berpunca dari kejadian seorang Badwi dari Usun Zubaid datang ke Mekah menjual barang namun seorang pembeli, 'Ash bin Wail tidak membayar harga barangan yang dibeli.

13.Musafir kali ke-2 ke Syam bersama Maisarah membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid Radhiallahu 'Anha. (Umur 25 tahun)

14.Khadijah Radhiallahu 'Anha menawarkan diri menjadi suri hidup Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam melalui Nafisah binti Manbah.

15.Perkahwinan dengan Khadijah Radhiallahu 'Anha semasa baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam berumur (25 tahun), manakala Khadijah Radhiallahu 'Anha berumur (40 tahun).

16.Kelahiran Qasim Radhiallahu 'Anhu pada umur (28 tahun).

17.Kelahiran Zainab Radhiallahu 'Anha.

18.Wafatnya Qasim Radhiallahu 'Anhu semasa berumur 2 tahun.

19.Penyertaan Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam dalam pembinaan Kaabah yang runtuh akibat banjir di Kota Mekah. (Umur 35 tahun)

20.Menyelesaikan persengketaan dalam usaha meletakkan Hajarul Aswad.

21.Terkenal dengan panggilan Al-Amin.

22.Mula gemar berkhalwat di Gua Hira'. (Umur 40 tahun)


Sumber dari Anak Soleh

Mari lah kita bersama-sama mengenali siapa Rasullah memandangkan Maulidur Rasul yg bakal menjelma..

Rugi jika tak mengenal sejarah Baginda..

Ini adalah bersempena dgn KetiBAan 12 RABiuLawaL 1430 pada 9 Mac ini InshaALLAH..

Tiada kasih SEbelum adanya PerkeNAlan.. Selamat meNyelusUri siRAh2 BaginDA..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

1.0 BIOGRAFI NABI JUNJUNGANKU...

Nama :

Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bin 'Abdullah bin 'Abdul Mutalib bin Hasyim bin 'Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan.

Bapa :

Abdullah bin Abdul Mutalib

Ibu :

Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab

Tarikh lahir :

Isnin, 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah (pendapat masyhur). Pendapat yang rajih pada 9 Rabi'ul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi.

Status :

Anak yatim, kematian bapa semasa 2 bulan dalam kandungan. Ibunya wafat semasa berumur 6 tahun.

Isteri-isteri :

Khadijah binti Khuwailid Radhiallahu 'Anha
Saudah binti Zam'ah Radhiallahu 'Anha
'Aisyah binti Abu Bakar Radhiallahu 'Anhuma
Hafsah binti Umar Radhiallahu 'Anhuma
Zainab binti Khuzaimah Radhiallahu 'Anha
Ummu Salamah, Hindun binti Abu Umayyah Radhiallahu 'Anha
Zainab binti Jahsy Radhiallahu 'Anha
Juwairiyah binti Harith Radhiallahu 'Anha
Ummu Habibah, Ramlah binti Abu Sufyan Radhiallahu 'Anhuma
Shafiyyah binti Huyai bin Akhtab Radhiallahu 'Anha (Banu Nadir keturunan Nabi Harun)
Maimunah binti Harith Radhiallahu 'Anha

-Semua isteri Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam janda semasa dikahwini kecuali Aisyah Radhiallahu 'Anha.

-Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam meninggalkan 9 orang isteri setelah kewafatannya.

Surriyyah :(Hamba yang disediakan tempat kediaman untuknya. Mukhtar Al-Sihah.)

Mariah binti Syam'uun Radhiallahu 'Anha (Hadiah raja Mesir, Muqauqis)
Raihanah binti Zaid Radhiallahu 'Anha (Tawanan perang yang masuk Islam, dibebaskan dan berkahwin dengan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, dari Banu Nadhir)

Zuriat :

1.Qasim Radhiallahu 'Anhu (menyebabkan baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam digelar Abul Qasim)
Zainab Radhiallahu 'Anha
Ruqayyah Radhiallahu 'Anha
Ummu Kalthum Radhiallahu 'Anha
Fatimah Radhiallahu 'Anha
Abdullah Radhiallahu 'Anhu (digelar sebagai at-Taiyib dan at-Tahir)
Ibrahim Radhiallahu 'Anhu.
Semuanya daripada Khadijah Radhiallahu 'Anha kecuali Ibrahim Radhiallahu 'Anhu daripada Mariah Al-Qibtiyyah Radhiallahu 'Anha.

-Semua anak-anak Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam wafat sewaktu hayat baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam kecuali Fatimah Radhiallahu 'Anhu.


-Semua anak lelaki wafat sewaktu kecil lagi.

Sumber daripada Anak Soleh

Askum buat sahabat yg dirahmati Allah selalu,

Sudah lama tak menulis blog yg kedua ini..huhu..bz dgn aktiviti2 kolej dan tugasan.. Sorry kengkawan. Tatkala ini sudah lama tidak pulang ke kampung halaman.. huhu..Tetiba teringat pulak pada emak dan ayah yg dirindui selalu..

Fatimah Binti Mohd Salih dan Samsudin Bin Mohd Noh

Moga kalian senantiasa berada dlm keadaan yg menyenangkan, kesihatan yg baik, umur yg panjang dan dirahmati Allah selalu. Aku sentiasa berdoa kpd Tuhan agar aku diberikan kesempatan utk berbakti kpd kedua-dua ibu bapaku.. InsyaAllah..


YA ALLAH..
SESUNGGUHNYA HARAM BAU SYURGA BAGI KU SEANDAINYA AKU DERHAKA KEPADA KEDUA ORANG TUAKU..

AKU RINDUKAN MEREKA, YA ALLAH..

AKU INGIN TEMUI MEREKA SEKARANG YA ALLAH...

AKU KHUATIR.. TIADA LAGI KESEMPATAN BUATKU MENEMUI MEREKA..

ANDAI BUKAN AKU YG PERGI MENINGGALKAN MEREKA.. MEREKA YANG AKAN KEMBALI MENEMUIMU..

OLEH ITU... AKU MOHON KAU MATIKAN AKU SEBELUM AKU BERPELUANG MENJADI ANAK DERHAKA....

AKU CINTAI MEREKA, YA ALLAH..

AKU SAYANG MEREKA, YA ALLAH..

NAMUN AKU TAK PANDAI MENZAHIRKANNYA...

LISANKU BIADAB TERHADAP MEREKA, YA ALLAH..

KATA-KATAKU LANCANG MESKIPUN AKU SEDAR MEREKALAH ORANG TUAKU..

OLEH, KAU LEMBUTKANLAH LISANKU..

KAU ZAHIRKAN KASIHKU KEPADA MEREKA, YA ALLAH..

AGAR MEREKA DAPAT RASA.. YG PENGORBANAN MEREKA KEPADAKU SELAMA INI BERBALOI, YA ALLAH..

CUKUPLAH SEKADAR BERBALOI BAGI MEREKA, YA ALLAH..

KERANA AKU TIDAK MAMPU MEMBALAS JASA MEREKA, YA ALLAH..

ANDAINYA AKU DAPAT BERKHIDMAT PADA MEREKA DUNIA DAN AKHIRAT, TETAP TIDAK AKAN SETIMPAL DENGAN JASA MEREKA MELAHIR DAN MEMBESARKAN AKU, YA ALLAH..

AKU HAMBAMU YG HINA, YA ALLAH..

AKU HAMBAMU YG LEMAH, YA ALLAH..

AKU TEWAS BILA SYAITAN MENIUP-NIUP API KEMARAHANKU..

NAFSU AMARAHKU SUKAR DIBENDUNG, YA ALLAH..

OLEH ITU..

AKU MOHON KAU LINDUNGI DAN BANTULAH AKU...

AGAR MENJADI ANAK YG SOLEH...

YG DAPAT MEMBERI BEKALAN KEPADA ORANG TUAKU KELAK..



p/s: Hargailah ibu bapa kita sementara masih ada..

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri.

Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak
yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

p/s: Sumber dari internet..

Seorang Rabbi Yahudi-Zionis, Mordachi Elyaho telah mengeluarkan arahan yang mengizinkan membunuh perempuan dan anak-anak Palestin. Dan, menurut Rabbi itu, setiap orang Yahudi akan membebaskan mereka dari setiap tuduhan atas tindakan menyerang orang-orang Palestina.

Menurut akhbar dari Arab Saudi, Al-Watan, bahawa Rabbi itu menegaskan pandangannya, bahawa serangan Israel di Gaza sesuai dengan ajaran agama Yahudi yang menganggap jenayah seperti itu sebagai: " Bentuk hukuman kepada musuh".

Pemimpin Rabbi Yahudi menyatakan bahawa sama sekali tidak akan serik melakukan pembunuhan terhadap orang Palestina. Walau berapa jumlah orang Palestin yang mati, ujar Rabbi itu.

Rabbi, Mordachi Elyaho, yang berpegang kepada ayat dalam Kitab Talmud, yang merupakan pedoman dari agama yang sekarang popular di kalangan Yahudi-Zionist,

Rabbi Mordachi telah mengirimkan pula surat kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, semuka penuh dalam akhbar mingguan, yang berisi artikel yang menyuruh orang-orang Yahudi, tentang hukuman terhadap musuh sesuai dengan etika perang dalam Taurat.

"Pandangan Rabbi Mordachi telah diterapkan terhadap penduduk Gaza, dan orang Palestina yang tinggal di Gaza harus menanggung akibatnya, dan mereka semua harus memikul tanggung jawab, kerana mereka tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan serangan roket yang dilakukan Brigade al-Qassam" kata Elyaho, dalam suratnya ke Olmert.

Rabbi Yahudi, Mordachi meminta pemerintah Israel, terutama Olmert melanjutkan operasi tentera ke Gaza.

Menurut Mordachi, semua tindakan yang dilakukan oleh pemerintah Perdana Menteri Olmert, yang bertujuan untuk : "Menghancurkan orang-orang Palestina yang sudah bersalah, merupakan tindakan yang sah".

Yesrael Rozin, seorang panganut Talmud yang fanatik, juga mengatakan bahawa hukum Taurat menetapkan pembunuhan laki-laki, anak-anak, perempuan, tua, bayi, dan haiwan [dari musuh], tambahnya.

Dari Kitab Talmud, Rabbi Sholomon Elyaho menyatakan : "Jika kita membunuh 100 orang Palestina, tetapi orang Palestin itu tetap menolak untuk menghentikan serangan roketnya, kita harus membunuh orang Palestin 1000, dan jika kita membunuh orang Palestin 1000, tetapi orang Palestin tidak menghentikan serangan roketnya ke Israel, maka kita harus membunuh 10.000 orang Palestina, dan kami harus terus membunuh orang Palestin, meskipun jumlah orang Palestin yang dibunuh sudah mencapai satu juta, dan waktu harus dihabiskan membunuh orang-orang Palelstina ", tegas Rabbi Sholomon

Dalam Mazmur mengatakan: " Aku harus terus membunuh musuh dan menangkap mereka, dan aku tidak akan berhenti sampai mereka benar-benar habis ", menurut Talmud. Jadi, orang-orang Zionis-Israel, tidak akan pernah berhenti membunuh orang-orang Palestin.

Mereka akan terus membunuh dan membunuh, sampai orang Palestin habis. Ini sudah menjadi keyakinan mereka

Sumber: http://nowforeverkit.blogspot.com/

A Song For Gaza..


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In the night, without a fight

We will not go down
In Gaza tonight

Assalamualaikum w.b.t.h.

Ramai bertanya samada KFC boleh dikunjungi atau tidak..umum mengetahui MC Donald terang-terangan menyumbangkan keuntungannya pada Israel laknatullah tapi bagaimana pulak tentang KFC? Hmm, aku bru jek jmpe nie.. So, kalo der spe2 sudi bg info tambahan, dipersilakan..jgn kedekut ilm..penting nie utk dikongsi bersama.. hehehe


KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.

Akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery (untuk garlic bread & roti2 di KFC)

Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443

sumber : http://3p4h.blogspot.com/


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Sahabat.. orang yang paling rapat dgn kita selain ibu bapa. Ada sahabat yg membantu kita, ada jugak yg hanya berpura-pura atau mengambil kesempatan. Jadi, anda dan kawan anda tergolong dlm kumpulan sahabat yg mana?
Sahabat juga manusia seperti kita, punya perasaan dan masalahnya sendiri. Jadi, hormati sahabat anda sebagaimana dia menghormati anda. Hargailah sahabat anda. Bukannya memulaukan atau mengambil kesempatan di atasnya. Anda mungkin akan kehilangannya jika anda tidak tahu menilai sahabat anda suatu hari nanti.
InsyaAllah, hidup kita akan sentiasa dirahmati oleh Allah jika kita memilih sahabat yang berada di landasan yg betul..

Aghhhhh geramnyer aku! Marah dan kecewa sungguh!


Aku tahu coretan ini sudah lama diperkatakan..Mungkin lama dahulu sblum aku sedar lagi..

Kadang-kadang aku bosan.. Dengan senario sekarang.. Melihat paparan di dada-dada akhbar. Senario yg melanda pemuda-pemudi harapan bangsaku – Melayu.. aku sedih.. Sebahagian remaja lelaki terlibat dgn masalah dadah, rogol, black metal, punk(sekadar menyebut sebahagiannya) manakala segelintir remaja wanita tidak segan-silu mendedahkan aurat dan terlibat dgn gejala yg tidak sihat. Astafirullah’azim. Terbaru, ada yg mengaku bangga kerana kehilangan ****. Ish, pe nak jdk la..Tak takut ke mereka dgn balasan Allah?? Sesungguhnya, ingatlah saudaraku, Allah melihat apa yg kita buat..

“Aghh, masa muda lama lagi..enjoy dulu”

“Kami tau tentang agama, tapi peduli apa..tak nak fikir dulu”

“Aghh, nanti aku taubat la”

Sebagai saudara malahan sejantina, tentulah aku malu yg teramat sangat. Rata2 malah tidak terkecuali sahabatku sendiri Mereka tidak sedar masa remaja harus dimanfaatkan sebaiknya. Nak enjoy pun kenalah bertempat. Bukan ke ader aktiviti2 yg lbh sihat. Jika dibandingkan dgn putera-puteri Palestin yg bergelumang dgn air mata dan darah sedangkan putera-puteri di Malaysia sebahagiannye bergelumang dgn maksiat dan dosa! Nauzubillah..

“Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia
mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan
dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan, maka lakukan ia dengan hatinya. Dan
demikian itu adalah selemah-lemah iman” “ Muttafaq ‘alayh


Memang, aku sedar aku bukan selayaknya utk memberi teguran dan kritikan..Budaya kuning yg menular dalam kalangan remaja masa kini amat membimbangkan aku..Tapi aku sedar.. Betapa kecewanya aku, terdapat suara2 sumbang mengatakan;

Aku bukan seperti mereka..

Aku bukan pemerintah atau ibu bapa mereka yg layak menghakimi mereka

Aku nie tidak mengikut arus kemodenan..

Aku tidak memahami jiwa muda mereka

Tapi.. aku cuma sebagai pemerhati, perintis harapan bangsa..

Aku kasihan melihat mereka..

Aku prihatin tentang mereka..

Aku tidak mahu mereka hilang arah tujuan..

Aku bimbang bagaimanakah nasib bangsaku nanti?? Masih ada harapankah utk melihat mereka bangun sebaris dgn bangsa2 yg lain??

Aku sangat mengharapkan Islam menjadi seahagian hidup mereka bkn hanya setakat menganutinya..

Aku geram dan kecewa..

Melihat sahaja mereka, terus hanyut dan alpa..tanpa membuat apa2..

Sedarlah wahai saudaraku, kita punya masa utk berubah.. Berubah kepada yg lebih baik. Ingatlah, kita harapan keluarga, bangsa, agama dan Negara. Jika bukan kita, siapa lagi yg akan menggalas tanggungjawab nanti?? Maaf andai ada yg terguris di hati, terkesan di hati


Cuma kali ini amarahku tercurah, tak bisa disimpan lagi.


Buat teman-temanku,


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Jika mereka sibuk mencari cinta, Biar kita sibuk mencari Iman.
Jika mereka sibuk mencari pasangan, Biar kita sibuk mencari keredhaanNYA,
Jika mereka menangis kecewa bercinta. Biarlah kita menangis mengenang dosa semalam. Jika mereka cintakan kemanusian, Biarlah kita cintakan tuhan,
Jika mereka mendambakan kehidupan duniawi. Biar kita dambakan Ukhrawi....

Carilah cinta yg hakiki hanya pada Tuhan yg Esa... peringatan juga untuk diri ini yg mencari keredhaan TUHANNYA... Insyaallah..


'Bantulah hambaMu ini Ya Allah..'


Hari Kiamat semakin hampir:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a.katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar(keldai). Maka pada zaman mereka inilahkiamat akan datang." - Sahih Muslim
~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) &penyanyi wanita" - Ibnu Majah
~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah?..

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon....
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
Text Color
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda?telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ try baca akhbar2 & majalah?yg popular skarang nie...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai” - Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN2 LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah
s.a.w.bersabda:
"Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."

p/s: Apakah Persediaan Kita Untuk Menghadapi Hari Pembalasan Kelak??

Wallahualam….


Salam,

Sebenarnye post ini dari blog aku yg pertama.. http://ellen1206.blogspot.com

Disebabkan blog kedua ini aku nak fokuskan pada hal ehwal berkaitan Islam dan gambor2 menarik hati..aku post balik utk dimuatkan dlm blog ini.. Sekadar peringatan kepada ku dan rakan2..Alhamduliilah, kita masih lagi di "zon selesa" sedangkan saudara2 Seislam kita di luar sana berduka dan sengsara..Nauzubillah..



p/s: Jgn lupa berdoa demi kesejahteraan penduduk Palestin dan saudara seislam kita di luar sana..Moga Allah memakbulkan doa kita..InsyaAllah




Askum..
Kawan2 ku yang dirahmati Allah sekalian.. Ingatlah..(Pesanan buat diriku jugak!)

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Kata2 di ats sedikit sebanyak menenangkan hatiku jika ditimpa musibah.. Tuhan menghantar pelbagai dugaan kpd kita sebagai ujian dari-Nya agar kita sedar dan kembali kepadaNya.. Kadang2 kite lupa Allah itu sedang menguji sejauh mane kite mampu bertahan dan mengatasinya pabila ditimpa musibah.. Jujurnya, kadang2 aku pun lemah dlm menghadapi keadaan seperti ini.. Tension jer selalu..huhu..Tanggungjawab, tuntutan ilmu dan tenaga serta masalah duniawi sering menggangu dan memberatkan otakku..Tambahan pula, sebagai seorang pelajar.. So, rajin2 bce QURAN supaya tenangkan hati dan dptkan nasihat yg lebih mengetahui..Syukur ader yg sudi mengingatkan aku kembali.. Subhanaallah..Mudah-mudahan kita diberi kesabaran dan keimanan yagng teguh dlm hari2 yg mendatang..

p/s : Skrg mmg sedang menghadapi satu keadaan yg sgt menekan diri ini.. kerdilnya hambaMu ni Ya Allah..Kurniakanlah hambaMu ini kekuatan dan kesabaran..

Askum w.b.t.h



Tiket bus yg semakin mahal harganya..


Hari ni adalah "malam pertama" aku di rumah setelah meninggalkan Kolej Kediaman Taman Bertam, Pulau Gadong, Melaka.. Alhamdulilah, aku telah selamat tiba di Batu Pahat tepat jam 5 ptg tadi.. Cuma berlaku beberapa insiden yg amat memberi kesan terhadap aku petang tadi..Tuzki Bunny Emoticon


  1. Bus yg sepatutnya tiba lambat bertolak.. Tambahan pula, aku terpaksa menaiki bas yg lama dan tiada pula 'air-cond' dlm cuaca yg membahang nie..
  2. Jealous tgk kwn aku dpt naik bus yg lbh baik keadaannya..
  3. Pemandunya yg sungguh 'berhemah' sekali..huhu
  4. Tak boleh duduk dgn tenang dek tempat duduk yg rosak.
  5. Jumpa kwn lama masa sekolah di Samura dulu. Antaranya Fyto dan Azhar (patutlah mata kanan aku nie berdenyut2..org kate jmpe member lama t..ye kot.)
  6. Dapat beli barang yg aku idam-idamkan di Melaka Sentral (alhamdulilah!)
  7. X jumpe org yg aku ingin sgt nk jumpe..X der rezeki..

Okies..cuti seminggu nie harus dimanfaatkan dgn sempurna.. Assigments dan projek2 yg mesti dihantar naik cuti nie harus diutamakan.. Quiz dan test pun der jgk.. Tuzki Bunny EmoticonHarapan aku begitulah.. Mudah-mudahan Allah memberkati segala amalanku.. amin..Need to rest! MySpace

Selamat Bercuti Sahabat!




Askum w.b.t.h

Firstly, this is my second blog.. My previous blog was http://ellen1206.blogspot.com/..

Just a simply introduction from me.. I created this blog because my previous blog had a problem. I tried to fix it, but still no sign which satisfy me.. huhu..

Anyway, my hope for this blog is.. I try to update this blog as soon as possible.. hehe.. Ayooo, so busy with asignments and projects lorr.. That all from me for now..

Adios!




Followers

Datang Singgah

Jom relax

Untuk sesape yg ngantuk mse study or tension time nak exams..Rajin2lah amalkan yek..
Tuzki Bunny Emoticon


Tuzki Bunny Emoticon
Firstly, sebagai warm-up..wat tai-chi dulu..


Tuzki Bunny Emoticon
Goyangkan kepala dan badan ke kiri dan ke kanan.. Biar hilang lenguh tue..


Tuzki Bunny Emoticon
Pandanglah ke hadapan..ngeh2


Tuzki Bunny Emoticon
Tiru mcm nie plak..


Tuzki Bunny Emoticon
Jgn putus kepala sudah..


Tuzki Bunny Emoticon
Lalalalala..


Tuzki Bunny Emoticon
Buat2 cam x der masalah.. Grakkan tgn anda begitu yek..


Tuzki Bunny Emoticon
Ke kiri..ke kanan..Ke kiri semula..yeah..


Tuzki Bunny Emoticon
Jika masih mengantuk, buat secara agresif pulak..hehe


Tuzki Bunny Emoticon
Hilangkan segala stress dan riso..


Tuzki Bunny Emoticon
Menari pun bleh..x yah peduli jika org kate sewel..


Tuzki Bunny Emoticon
Kaco member sebelah..


Tuzki Bunny Emoticon
jgn lupe tarian arnab yg mantap dan sepenuh hati yek..


Tuzki Bunny Emoticon
Lastly, kalo ngantuk thp dewa gak, hentak kepala anda biar terjaga.. Lakukan dgn pengawasan org dewasa k..

Selamat Mencuba!